Baju Batik merujuk kepada hiasan kain dengan menggunakan pelbagai warna dan corak. Teknik Batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Nigeria, Cameroon dan Mali, atau di Asia, seperti India, Sri Lanka, Bangladesh , Iran, Thailand, Indonesia, dan Malaysia.
Kata Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis dan kata Melayu "titik". Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap.
Batik adalah kemahiran yang memiliki nilai seni tinggi dan telah menjadi sebahagian dari budaya dunia terutama di alam Melayu dan khususnya Jawa, sejak lama yang merangkumi negara ASEAN, tetapi turut juga terdapat di negara-negara lain pada masa kini. Sesetengahnya merupakan pengaruh dari alam Melayu seperti di Belanda.
Jumat, 21 Agustus 2009
Baju Batik Indonesia
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar